Rumusan Ceramah penjimatan tenaga FKK pada 30 Mac 2011

Prepared by Dr. Sharifah Rafidah

Salam kepada semua staf FKK, Terima kasih kami ucapkan kepada yang hadir ke 'Ceramah penjimatan tenaga FKK' pada 30 Mac 2011. Seramai 3 penceramah (Prof Zainuddin, FKK; PM Dr Yusri, FKE; PM Ir Hayati, FKM) telah berkongsi pengalaman dan cara menjimatkan tenaga di fakulti dan makmal. Turut hadir adalah Puan Hajjah Masilah dan En Amir daripada Pejabat Harta Bina. Untuk makluman, jumlah tenaga elektrik yang digunakan oleh FKK setahun adalah melebihi RM600,000 dan inisiatif menjimatkan tenaga perlu dilakukan segera. FKE(45%), FKM(40%), FSKSM (28%) dan FAB(38%) telah berjaya menurunkan 40% tenaga berbanding bulan yang lepas. Diharap FKK tidak akan ketinggalan. Staf yang hadir memberikan respon yang baik dan menggalakkan. Diharap susulan daripada ceramah ini, semua warga FKK boleh memainkan peranan dalam menjimatkan tenaga. Antara tips yang diberikan adalah:

  1. Menurunkan suhu hawa pendingin diantara 23 ke 26oC ataupun pada suhu yang selesa tanpa perlu menggunakan jaket (kalau cuaca panas, 23oC, kalau cuaca sejuk, 26oC).
  2. Menutup pintu dan tingkap sekiranya membuka penghawa dingin.
  3. Menutup lampu dan penghawa dingin sekiranya keluar daripada bilik melebihi 15 minit (seperti menghadiri kuliah ataupun mesyuarat)
  4. Meletak komputer/laptop pada 'hibernet' mode sekiranya keluar daripada bilik melebihi 15 minit (seperti menghadiri kuliah ataupun mesyuarat)
  5. Tutup kesemua suis elektrik yang tidak digunakan ataupun sebelum balik.
  6. Cuba gunakan cahaya daripada tingkap pada hari yang cerah.
  7. Bagi penghawa dingin yang centralize, dicadangkan dibuka pada jam 8 pagi dan ditutup pada jam 4.30 ptg.
  8. Bagi staf yang berada di tingkat 1 dan 2, dicadangkan menggunakan tangga dan bukan lift bagi turun dan naik.
  9. Pasang lampu di deretan/bahagian yang diperlukan sahaja.
  10. Tutup LCD, lampu dan penghawa dingin selepas selesai kelas (sekiranya tiada pengajar lain pada kelas seterusnya).
  11. Jangan menyusun perabot ataupun meletak barang di bawah penghawa dingin. Ini boleh menganggu sistem pengudaraan. 12. Buka lampu di koridor laluan utama bagi N01 tingkat atas. Dan tutup lampu di koridor pensyarah.

Kami juga telah mengimplimentasikan surat 'aku janji' menjimatkan elektrik seperti dilampirkan. Setiap staf diminta mengisi borang berkenaan dan melekatkan di pintu/tempat kerja sebagai tanda menyokong inisiatif menjimatkan tenaga di FKK. Antara rancangan kumpulan GBCI energy management yang seterusnya adalah untuk membuat energy audit di blok yang menggunakan tenaga terbesar di FKK. Kerjasama semua amat kami hargai bagi sama-sama membantu UTM menurunkan bil elektrik dan mengurangkan masalah pemanasan global sedunia. InsyaAllah, setiap perkara kecil yang kita lakukan, sedikit demi sedikit akan memberikan impak yang besar. Jom kita semua JIMAT TENAGA sekarang!

Best regards,

GBCI Energy Management team

(Dr Sharifah, Dr Haslenda, Dr Anwar, En Faiz, En Zainorabidin, En Suhee)

Visits Counters
Visits today:27
Visits yesterday:160
Visits in this month:2888
Impressions today:1006
Visits by Country
Top 5:
Malaysia flag 35%Malaysia (1646)
Europe flag 15%Europe (705)
Private flag 10%Private (475)
United States flag 7%United States (345)
Germany flag 6%Germany (287)
4648 visits from 83 countries
WHO'S ONLINE
We have 16 guests online